Sunday, April 13, 2014

Ikan Pekasam Perlis


1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).


CARA-CARA

1)Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.

Ikan pekasam adalah makanan tradisi berasal dari negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri yang paling terkenal dengan ikan pekasam tradisional adalah Negeri Perlis, Kedah dan Utara Perak.

Setiap masyarakat pada zaman dahulu mencipta berbagai-bagai cara untuk membolehkan makanan disimpan untuk jangka masa yang panjang. Ikan-ikan berlebihan yang ditangkap selalunya digaramkan dan seterusnya dikeringkan. Masyarakat Melayu di Utara mencipta kaedah lain yang bukan sahaja dapat mengawet ikan, tetapi juga menambah perasa dan selera, iaitu dengan memperkasamkan ikan-ikan.

Pelbagai jenis ikan digunakan untuk dibuat pekasam, bergantung kepada spesis ikan yang terdapat dengan banyak sesuatu tempat. Di kawasan sawah dan bendang, ikan puyu dan sepat selalu digunakan. Perkampungan berdekatan dengan tasik atau sungai yang luas menggunakan ikan lampam atau terbol. Pada masa sekarang, dengan kekurangan jenis-jenis ikan tersebut, ikan-ikan lain yang senang diternak digunakan seperti tilapia dan keli. http://sivikproject.blogspot.com/

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi Ayam Percik Kelantan


Bahan-bahan (kuah percik) 4-5 orang

9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
400 ml santan pekat
1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (perap ayam)

1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih

Cara-cara

Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.

Akan Datang Buku Mak Ngah

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi Hinava Makanan Tradisi Orang Sabah

bahan-bahan ::
1) isi ikan mentah
2) limau(apa2 jenis limau boleh)/cuka
3) mangga (kalau nak)
4)halia
5)bawang merah (kalau nak guna bawang besar pun boleh)
6) lada /cili padi
7) nak letak sayur pun boleh (cth:peria,timun)
8) garam dan gula (ikut citarasa)


cara-cara nak buat... ::
1) saing ikan, buang tulang dan ambil isinya sahaja kemudian bersihkan
2) kupas dan potong halia,bawang,mangga dan sayur mengikut kesesuaian dan kehendak
3) perah limau untuk dapatkan air/pes nya

4) letakkan isi ikan ke dalam bekas, perahkan / letakkan air limau kedalam bekas berisi ikan tadi kemudian masukkan semua bahan2 lain

PERINGATAN :: limau boleh ditukar dengan cuka .. ikut kehendak... kalau nak makan dengan cuka letak cuka, tapi kalau nak lebih asli guna limau

kemudian, boleh la menikmati kalau anda..makan dengan nasi seakan2 lauk biasa
Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi Ketam Masak Telur Asin

4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isinya  dan di lenyek

4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ diketuk (saya tak bubuh)
4 helai daun kari ~ raut daunnya sahaja kemudian mayang halus (saya tak mayang. campak je selai selai idup idup gitu)

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair

Garam secukup rasa

Caranya :

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam ~ berhati-hati kerana telur dah masin
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Gulai Asam Rom Masakan Negeri Pahang


1 senduk asam rom atau secukupnya.
     1 ekor ikan sungai. Anggaran dalam 1.5 kilo. Biasanya ikan kenerak. Ikan baung, keli, kelah atau tengas pun sedap juga. Daging pun boleh. Apa-apa pun boleh asalkan jangan kayu atau batu udah le
     1 inci kunyit hidup
    1 daun kesum
    20 biji lada atau cili. Ikut rasa. Lagi pedas lagi sedap
     Secekak pucuk Paku.
     1 biji keledek. Sedang-sedang besarnya.
    Terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Ikut suka masing-masing. Kalau tak gemar tak payah bubuh
    Garam secukup rasa
   Kalau ada isi petai ke, jering semai ke, boleh masukkan untuk menambah keenakkannya
    Air secukupnya

Cara-cara2 membuatnya :

     Tumbuk kunyit, lada dan asm rom tadi 
     Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan kacau bagi rata 
     Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika. 
     Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil. 
     Apabila ikan masak, masukkan pucuk paku, keledek, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol dan perasakan  dengan garam secukupnya. 
     Biarkan masak seketika dan angkat.

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Saturday, March 22, 2014

Kuih Telipok Masakan Tradisi Orang Pahang



Bahan-bahan:

Bahagian putih (bunganya)
1 1/4 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Sedikit minyak untuk dioles pada daun pisang (saya gunakan minyak tanak-punyalah nak tradisional habis)

Cara-cara:

Bancuh tepung dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
Picitkan setiap penjuru hingga membentuk kelopak. Buat empat penjuru.
Buat lubang sedkit di tengah-tengahnya untuk menakung bahagian hijau nanti.
Susun dalam loyang yang dilapik  daun pisang.  Sebaik-baiknya loyang yang agak leser kerana jika loyang yang terlalu dalam, bahagian hijaunya nanti akan terlebih banyak dan akan menenggelamkan bunga pula. * saya gunakan pinggan yang sederhana dalam.
Pastikan daun pisang dioles dengan minyak terlebih dahulu. Ketepikan.
Bahan-bahan:

Bahagian Hijau

7-8 helai daun pandan (kisar dan airnya diperah dengan kelapa)
* Juga lebih sedap jika diperah dengan air kelapa. Cuma itulah, sambil belah kelapa, sambil berangan, dah airnya tak dan nak tadah. Haih.
2 cawan santan pekat yang dicampur dengan jus pandan
5-6 sudu besar gula putih
5 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara-cara:
Campur santan yang diperah dengan air daun pandan dengan semua bahan lain.
Kisar halus.
Tuang dalam loyang berisi bahagian putih tadi perlahan-lahan.
Pastikan loyang dimasukkan terlebih dahulu ke dalam pengukus untuk mengelakkan bahagian hijaunya tumpah.
Kukus hingga masak.


Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi TomYam Perlis


BAHAN-BAHAN

¼ ekor ayam & daging
¼ kg udang & ¼ kg sotong
RM2.00 bunga kobis
RM1.00 kobis
3 biji carot
2 keping batang sup
10 helai daun limau purut
3 @ 4 biji limau nipis
4 batang serai (ketuk)
2 biji tomato (potong 4)
4 biji bawang besar (potong 4)
6 biji cili padi (ketuk)
Bahan kisar -
3 biji cili kering
5 biji cili besar
½ inci lengkuas
¼ inci halia
2 biji tomato
1 batang serai
3 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

CARA-CARA
Masukkan bahan kisar, daging, garam & ajinomoto secukup rasa ke dalam periuk, didihkan diatas api, setelah daging setengah empuk masukkan ayam, didihkan sekejap, kemudian baru dimasukkan sotong dan udang. setelah itu masukkan bawang besar, serai, daun limau purut, tomato, kobis, bunga kobis, biarkan 5 minit, perah limau nipis secukup rasa.



Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi Apam Perlis



Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 SB tepung kastard
2 SB tepung jagung
daun pandan 2 helai
secubit garam
sedikit pewarna hijau 

Cara-cara penyediaan inti:
Campur semua bahan kecuali daun pandan. Kacau guna whisk or sudu hingga sebati/rata...
Tapiskan dan masukkan ke dalam kuali.
Kemudian, masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat. Biarkan sejuk sebelum diisikan pada kuih..

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
Cara-cara penyediaan kulit :
Campur kesemua bahan. Blender dan tapis.. (adunan akan kelihatan cair)
Kemudian masak seperti masak kuih dadar or pancake..(aina guna senduk kecil untuk sendukkan 1 keping kulit).. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. Guna fry pan..Better guna fry pan yang kecil untuk dapatkan bentuk yang sama besar.
Setelah masak angkat dan letak di dalam pinggan..
Isikan dengan inti kastard yang telah dibuat tadi..
Kemudian lipat dan tekan hujung kuih tersebut
Tekan dengan sudu untuk mendapat bentuk yang cantik


Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Warna Tema Hiasan Makanan Hijau






Sesuatu majlis tidak akan nampak seri kalau tiada tema untuk hidangan tetamu. Mak Ngah telah menguruskan tema warna hijau untuk tetamu pengantin Mak Ngah, Warna tema ini di ambil sempena sambutan pengantin yang berkonsepkan hijau dan segar. 
Warna ini sesuai dihiaskan dengan ulaman dan sayur-sayuran hijau yang menghiasi deko hidangan, Tetamu pula akan mengangap hidangan ini adalah hidangan yang mengutamakan kesihatan. Ini adalah sesuai untuk tetamu yang berumur dan mengutamakan kesihatan dan penjagaan makanan.


Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Friday, March 7, 2014

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang


Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri)
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp Jintan manis
1 tsp Jintan Putih
1 tsp sos Lada Hitam
1/2 s/b serbuk kas-kas (optional) ~ (Ayu tak letak ni tapi MaDiHaA letak sbb ada stok)
1 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin) (MaDiHaA jadikan pes)
2 sudu besar rempah kari Daging (MaDiHaA jadikan pes)
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje MaDiHaA guna 2)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga 
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
1 cawan air (yg ni MaDiHaA tambah)

Bahan kisar 

3 Biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih 

Cara menyediakannya:
1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu. Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar & tumis hingga harum & naik minyak. Masukkan pes cili & pes serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.

2. Masukan semua bahan-bahan yang lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukan ayam yang telah goreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. MaDiHaA tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambahkan garam JIKA PERLU. 

3. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia.

Selamat mencuba! 
Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Tuesday, March 4, 2014

Ayam Kapitan



BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- 1 Kg. ketulan ayam (3 keping peha ayam penuh).
- 1 sudu besar (tbsp) serbuk kunyit.
- 200ml santan pekat.
- 5-6 sudu besar minyak masak.
- 2 helai daun limau purut yg dibuang urat tengah.
- 1 biji limau nipis diperah jus.
- garam secukup rasa.

PENYEDIAAN PES TUMISAN / DIKISAR:
-  3 tangkai Cili merah yang agak panjang dan dibuang biji.
-  10-15 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus (ikut kepedasan).
-  8-10 biji bawang merah kecil.
-  1 bawang merah labu sederhana besar.
-  5 ulas bawang putih.
-  5 biji buah keras.
-  3 btg serai.
-  4 kpg lengkuas bersaiz kuku ibu jari.
-  2 kpg halia bersaiz kuku ibu jari.
-  2 kpg kunyit hidup bersaiz kuku ibu jari.
-  2 sudu besar (tbsp) belacan bakar.
-  1 sudu besar (tbsp) puri tomato/ sos tomato.
-  1 sudu besar gula (kalau nak pedas kurangkan).

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar semua bahan-bahan tumis halus dan jadikan pes.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis pes sehingga pecah minyak. Masukan ayam dalam tumisan goreng 5-6 minit sehingga kulit ayam garing sedikit.
3. Masukkan santan (kalau nak kuah lebih tambahkan air tapi ingat ayam juga keluarkan airnya maka awas jangan sampai kuah anda terlau cair), masuk daun limau purut dan kecilkan api dapur. Biarkan dalam keadaan reneh sehingga daging ayam masak – ambil masa lebih kurang 30 minit.
4. Masukkan gula dan garam dan jus limau secukup rasa.
5. Hidangkan dengan taburkan bawang goreng di atas hidangan.
6. Hidangan di Pulau Pinang disediakan dengan telur rebus ayam sekali, anda boleh masukkan telur ayam semasa tumis pes. Selamat mencuba - http://balannambiar.wordpress.com


Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi Ayam Percik Kelantan


Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. - Azie Kitchen

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Sunday, February 23, 2014

Masakan Pengantin Udang


Bahan:-
8 ekor udang galah sederhana besar
2 tangkai cili merah *  )
1 biji bawang besar *   )
3 ulas bawang putih * )
1 inci halia *               )
1 inci kunyit hidup *   )  bahan * dikisar
1 biji buah tomato *    )
1 cm belacan bakar *  )  
sedikit gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
Udang dibersihkan dan biarkan kulitnya jangan ditanggal.  Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sekejap.  Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dengan api sederhana.  Kacau bahan tumis hingga naik minyak.
Masukkan udang dan gaul rata sebentar.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Gaul sebati biar udang bersalut dengan bahan.
Seimbangkan rasa, tutup api dan hidangkan dan hias mengikut kreativiti.

Wadai Kiping Masakan Pengantin Orang Banjar Selangor

Bahan A
Tepung pulut
Sedikit tepung beras
Sedikit air kapur
Air
Garam

Bahan B
Santan kelapa
Gula merah
Gula pasir
Garam
Daun pandan
Durian (penambah rasa)
* sebenarnya tiada sukatan yang tepat, ikut  kepada berapa banyak yang ingin anda buat


Akan Datang Buku Mak Ngah
Cara memasak :
1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit. Lebih kurang 1-1.5cm. Ketepikan.
2. Masak santan. Masukkan gula merah, gula pasir, garam. Kacau sebati hingga mendidih. Masukkan bahan A yang telah siap digentel tadi. 
3. Masak hingga lembut. 
4. Akhir sekali masukkan daun pandan dan durian.

Sumber http://www.ciklaili.com

Kebanyakan Orang banjar berkulit cerah dan bermata besar. Jadi tidak hairanlah pengantin-pengantin orang Banjar ini nampak begitu cantik dan menarik perhatian. Tradisi asal orang Banajar adalah dari Kalimantan Indonesia. Di sana masyarakat Banjar masih lagi mengamalkan adat-adat perkahwinan mereka.

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Pakaian Tradisi Perkahwinan Orang Banjar



1) Pengantin Lelaki
Busana jenis ini untuk pengantin laki-laki terdiri dari beberapa hal, yaitu:
- Mahkota terbuat dari logam bundar berbentuk dua ekor ular lidi yang melingkar dan kepalanya saling bertemu   
- Baju poko berupa kemeja lengan pendek tanpa kerah. Baju ini merupakan modifikasi sekarang, karena aslinya pengantin laki-laki hanya bertelanjang dada
- Selawar (celana panjang), tingginya lebih kurang 10 cm di atas mata kaki dengan bentuk kecil bagian bawah, lalu diberi hiasan motif pucuk rebung dari amnik-manik dan mote-mote
- Tapih (sabuk pendek) bermotif khas binatang halilipan dalam posisi merayap ke bawah berhias sulaman benang emas dan manik-manik atau mode
Warna busana kuning cerah, merah atau hijau
- Hiasan berupa kalung samban, kilat bahu garuda mungkur paksi sedang melayang, pending atau ikat pinggang emas dengan kepala motif gula kelapa, dan keris pusaka khas Banjar berbentuksempana
- Hiasan bunga-bunga dari daun nyiur berbentuk halilipan, karang jagung berbentuk belalai gajah yang dipasang di badan bagian depan, mawar dan melati kuncup yang diuntai, dan bunga keris.


2). Pengantin perempuan 
Busana jenis ini untuk pengantin perempuan terdiri dari beberapa hal, yaitu:
- Mahkota terbuat dari logam bundar berbentuk dua ekor ular lidi yang melingkar dan kepalanya saling bertemu. Pada bagian depan diletakkan amar atau mahkota berbentuk kepala ular naga berebut kumala. Sementara itu, pada bagian ekor ular, diletakkan hiasan garuda mungkur paksiketika melayang. Pada sekeliling mahkota, diberi hiasan kembang goyang yang berjumlah ganjil
- Sanggul dengan rambut yang dihias kembang goyang dan untaian kuncup kembang melati
- Udat atau kemben sebagai penutup dada yang dihias manik-manik. Namun, saat ini sudah dimodifikasi dengan torso (penutup kepala yang sudah jadi)
- Selendang sebagai penutup punggung bagian belakang dan dada
- Kida-kida atau hiasan berbentuk bulat segilima penutup dada
- Kayu apu, kain untuk ikat pinggang
- Tapih berupa sarung panjang dengan motif khas halilipan berhias sulaman benang emas dan manik-manik
- Hiasan kembang goyang, bonel (anting beruntai panjang), kalung kebun raja, kalung samban pedaka, pending (ikat pinggang), gelang tangan, cincin permata, gelang kaki, dan selop tutup (pada mulanya tanpa kaki)
- Bunga berupa karang jagung, anyaman janur, mawar dan melati wungkul, malai depan (kalung dari mawar), bunga tangan berupa hiasan bunga dan daun sirih, untaian melati, mawar, dan cempaka.

Akan Datang Buku Mak Ngah
Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Masakan Pengantin Orang Banjar Ikan Wadi

Antara bahan yang mesti ada untuk membuat ikan wadi ialah garam, asam keping, ikan sungai kebiasaannya. Boleh juga ikan laut. Beras yang disangai (goreng tanpa minyak) sementara ikan pekasam pula menggunakan beras putih tanpa disangai.

**Cara cara membuatnya:
Bersihkan ikan yang ingin dibuat ikan wadi. Yang terbaik ialah ikan sepat dan puyu. Ikan apa pun boleh...ikut kesukaan anda. Mak try ikan haruan kali ni.taburkan garam atas dan bawah ikan
Biarkan semalaman. Ikan dengan sendirinya akan mengeluarkan air.
Keluarkan air tadi dan masak hingga mendidih (airnya je tau...)biarkan air ikan tadi sejuk
Sangaikan beras hingga warna kuning keperangan-kisar halus(dipanggil samu)
Lumurkan ikan tadi dengan samu hingga betul2 rata.
Masukkan air ikan tadi sedikit sedikit bersama beberapa keping asam keping
Tutup rapat-rapat. Biar hingga seminggu atau lebih baru digoreng
CARA MENGGORENG :
Goreng dalam minyak yang dalam dan api yang sederhana
Goreng bersama hirisan bawang merah dan cili padi.
#Sangat sedap di makan ketika nasi panas
Akan Datang Buku Mak Ngah



Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Masakan Pengantin Orang Jawa


Sambal Goreng Jawa ini adalah salah satu masakan yang penting dalam majlis-majlis kenduri orang-orang Jawa terutama di Johor. Bahan-bahan dalam masakan ini agak rumit dan cara memasaknya juga agak leceh, tapi setelah memasak, pasti ramai yang meminatinya. Enak juga dimakan begitu saja.

Bahan-bahan kisar Sambal Goreng Jawa :
Hidangan untuk 4-5 orang makan

Bawang merah- 10 biji
Bawang Putih- 5 biji
Ikan Bilis setengah cawan ( direndam dahulu )
Cili padi/ cili kering 15 tangkai ( ikut kesesuaian )
Serai 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci

Bahan-bahan Untuk Dihiris/ Potong :

Kentang sederhana besar 5 biji ( hiris sederhana tebal dan kecil )
Tauhu basah 3 keping ( Potong bentuk rectangle )
Tempe 5 keping ( dihiris nipis dan kecil )
Fucuk ( tauhu kering ) 3 keping ( digunting bentuk segi dan direndam )
Soo Hoon sebungkus kecil ( digunting dan direndam )
Ikan Bilis sederhana besar ( digoreng sehingga kekuningan )
Bawang Besar  2 biji ( di hiris )

Bahan-Bahan lain :

Kicap lemak manis
Santan pekat 1 1/2 cawan
Asam jawa 1/4 cawan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Sebenar

1. Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya.Diikuti 
    goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik 
    bau.Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi 
    sedikit.Kacau sekali lagi.
4. Masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam.
5. Masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula dan serbuk 
    perasa mengikut kesesuaian.
6. Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.

Sambal goreng Jawa ni boleh dikatakan resepi original sambal goreng. Sebabnya kalau ikutkan, sambal goreng ini dimakan dengan nasi ambeng dan ia tidak perlu tambahan seperti udang, hati atau pedal ayam kerana bila kita makan nasi ambeng, ia akan dihidangkan dengan ayam kicap atau ayam goreng berempah, serunding kelapa, mee goreng dan macam -macam lagi.


Ini adalah pakaian rasmi perkahwinan keturuan raja-raja orang Jawa. Baju pengantin perempuan sarat dengan emas yang bertahta di atas kepala dan rantai yang berjuntai. Kebanyakan mereka menggunakan batik jawa sebagai baju pengantin yang diikat di dada seperti berkemban. Kain batik yang digunakan adalah lembut dan berkualiti tinggi. Selain dari batik jawa, sanggul wanita agak sama seperti wanita-wanita jawa yang lain.

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Wednesday, February 19, 2014

Masakan Pengantin Orang Minangkabau


Masak Lemak Daging Salai
Secara tradisinya masakan pengantin orang-orang Minang mesti ada masak lemak. Kebiasaannya masakan gulai masak lemak menjadi kebiasaan pada orang-orang Minang. Hari-hari mereka akan menukar menu kepada masak lemak udang, ikan, ayam. Tapi pada masa hari yang istimewa terutama untuk masakan pengantin mereka akan menghidangkan masak lemak daging dendeng. Masak lemak ini agak leceh kerana perlu meyalai daging dahulu sebelum dimasukkan dengan secara ramuan seperti serai, bawang, asam keping, belacan, daun kunyit, santai dan cili padi. Masakan lemak orang Minang mesti terasa kepedasan dan kepanasan dengan ramuan cili padi yang ditumbuk sekali dalam kuah masak lemak. 


Bahan-bahan:-
1/2kg daging - salai kemudian hiris nipis
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat 3cm kunyit hidup - blend halus
30 biji cili padi – blend (boleh dikurangkan)
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam keping
Sedikit belacan (blend)
Garam secukup rasa
Seikat pucuk ubi

Cara-cara:-
1. Salai daging, potong dan ketepikan.
2. Celur Pucuk ubi dan kemudian toskan.
3. Masukkan santan cair, serai, asam keping, kunyit hidup, belacan dan cili api yang sudah diblend ke dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau.
4. Bila mendidih masukkan daging, daun kunyit, garam, dan santan pekat. Kacau lagi hingga mendidih.
5. Masukkan pucuk ubi yang telah dicelur, apabila sebati dan mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Ini pula gambar baju pernikahan tradisional orang-orang Minangkabau. Cara memakai pakaiannya ini agak rumit kerana melibatkan sanggul tengkolok yang besar dan sarat dengan barang kemas. Adat perkahwinan masyarakat Minangkabau mengikut pola sistem nasab kepada ibu. Fungsi terpenting adalah untuk mengakrabkan hubungan antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan anak bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat dipulau atau diusir keluar dari kampung. Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal duni. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. 


Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah