Saturday, March 22, 2014

Kuih Telipok Masakan Tradisi Orang Pahang



Bahan-bahan:

Bahagian putih (bunganya)
1 1/4 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Sedikit minyak untuk dioles pada daun pisang (saya gunakan minyak tanak-punyalah nak tradisional habis)

Cara-cara:

Bancuh tepung dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
Picitkan setiap penjuru hingga membentuk kelopak. Buat empat penjuru.
Buat lubang sedkit di tengah-tengahnya untuk menakung bahagian hijau nanti.
Susun dalam loyang yang dilapik  daun pisang.  Sebaik-baiknya loyang yang agak leser kerana jika loyang yang terlalu dalam, bahagian hijaunya nanti akan terlebih banyak dan akan menenggelamkan bunga pula. * saya gunakan pinggan yang sederhana dalam.
Pastikan daun pisang dioles dengan minyak terlebih dahulu. Ketepikan.
Bahan-bahan:

Bahagian Hijau

7-8 helai daun pandan (kisar dan airnya diperah dengan kelapa)
* Juga lebih sedap jika diperah dengan air kelapa. Cuma itulah, sambil belah kelapa, sambil berangan, dah airnya tak dan nak tadah. Haih.
2 cawan santan pekat yang dicampur dengan jus pandan
5-6 sudu besar gula putih
5 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara-cara:
Campur santan yang diperah dengan air daun pandan dengan semua bahan lain.
Kisar halus.
Tuang dalam loyang berisi bahagian putih tadi perlahan-lahan.
Pastikan loyang dimasukkan terlebih dahulu ke dalam pengukus untuk mengelakkan bahagian hijaunya tumpah.
Kukus hingga masak.


Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

No comments:

Post a Comment