Tuesday, March 4, 2014

Ayam Kapitan



BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- 1 Kg. ketulan ayam (3 keping peha ayam penuh).
- 1 sudu besar (tbsp) serbuk kunyit.
- 200ml santan pekat.
- 5-6 sudu besar minyak masak.
- 2 helai daun limau purut yg dibuang urat tengah.
- 1 biji limau nipis diperah jus.
- garam secukup rasa.

PENYEDIAAN PES TUMISAN / DIKISAR:
-  3 tangkai Cili merah yang agak panjang dan dibuang biji.
-  10-15 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus (ikut kepedasan).
-  8-10 biji bawang merah kecil.
-  1 bawang merah labu sederhana besar.
-  5 ulas bawang putih.
-  5 biji buah keras.
-  3 btg serai.
-  4 kpg lengkuas bersaiz kuku ibu jari.
-  2 kpg halia bersaiz kuku ibu jari.
-  2 kpg kunyit hidup bersaiz kuku ibu jari.
-  2 sudu besar (tbsp) belacan bakar.
-  1 sudu besar (tbsp) puri tomato/ sos tomato.
-  1 sudu besar gula (kalau nak pedas kurangkan).

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar semua bahan-bahan tumis halus dan jadikan pes.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis pes sehingga pecah minyak. Masukan ayam dalam tumisan goreng 5-6 minit sehingga kulit ayam garing sedikit.
3. Masukkan santan (kalau nak kuah lebih tambahkan air tapi ingat ayam juga keluarkan airnya maka awas jangan sampai kuah anda terlau cair), masuk daun limau purut dan kecilkan api dapur. Biarkan dalam keadaan reneh sehingga daging ayam masak – ambil masa lebih kurang 30 minit.
4. Masukkan gula dan garam dan jus limau secukup rasa.
5. Hidangkan dengan taburkan bawang goreng di atas hidangan.
6. Hidangan di Pulau Pinang disediakan dengan telur rebus ayam sekali, anda boleh masukkan telur ayam semasa tumis pes. Selamat mencuba - http://balannambiar.wordpress.com


Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

No comments:

Post a Comment