Sunday, February 23, 2014

Masakan Pengantin Orang Jawa


Sambal Goreng Jawa ini adalah salah satu masakan yang penting dalam majlis-majlis kenduri orang-orang Jawa terutama di Johor. Bahan-bahan dalam masakan ini agak rumit dan cara memasaknya juga agak leceh, tapi setelah memasak, pasti ramai yang meminatinya. Enak juga dimakan begitu saja.

Bahan-bahan kisar Sambal Goreng Jawa :
Hidangan untuk 4-5 orang makan

Bawang merah- 10 biji
Bawang Putih- 5 biji
Ikan Bilis setengah cawan ( direndam dahulu )
Cili padi/ cili kering 15 tangkai ( ikut kesesuaian )
Serai 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci

Bahan-bahan Untuk Dihiris/ Potong :

Kentang sederhana besar 5 biji ( hiris sederhana tebal dan kecil )
Tauhu basah 3 keping ( Potong bentuk rectangle )
Tempe 5 keping ( dihiris nipis dan kecil )
Fucuk ( tauhu kering ) 3 keping ( digunting bentuk segi dan direndam )
Soo Hoon sebungkus kecil ( digunting dan direndam )
Ikan Bilis sederhana besar ( digoreng sehingga kekuningan )
Bawang Besar  2 biji ( di hiris )

Bahan-Bahan lain :

Kicap lemak manis
Santan pekat 1 1/2 cawan
Asam jawa 1/4 cawan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Sebenar

1. Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya.Diikuti 
    goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik 
    bau.Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi 
    sedikit.Kacau sekali lagi.
4. Masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam.
5. Masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula dan serbuk 
    perasa mengikut kesesuaian.
6. Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.

Sambal goreng Jawa ni boleh dikatakan resepi original sambal goreng. Sebabnya kalau ikutkan, sambal goreng ini dimakan dengan nasi ambeng dan ia tidak perlu tambahan seperti udang, hati atau pedal ayam kerana bila kita makan nasi ambeng, ia akan dihidangkan dengan ayam kicap atau ayam goreng berempah, serunding kelapa, mee goreng dan macam -macam lagi.


Ini adalah pakaian rasmi perkahwinan keturuan raja-raja orang Jawa. Baju pengantin perempuan sarat dengan emas yang bertahta di atas kepala dan rantai yang berjuntai. Kebanyakan mereka menggunakan batik jawa sebagai baju pengantin yang diikat di dada seperti berkemban. Kain batik yang digunakan adalah lembut dan berkualiti tinggi. Selain dari batik jawa, sanggul wanita agak sama seperti wanita-wanita jawa yang lain.

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

1 comment:

  1. The best casino games, best bonuses and top slots - JTM Hub
    Casino game types available · Play at Slots 계룡 출장마사지 Empire Casino 경상북도 출장안마 and enjoy exclusive bonuses and VIP player rewards. · 양주 출장마사지 The best online 순천 출장마사지 casino games available 안성 출장마사지

    ReplyDelete