Sunday, April 13, 2014

Ikan Pekasam Perlis


1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).


CARA-CARA

1)Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.

Ikan pekasam adalah makanan tradisi berasal dari negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri yang paling terkenal dengan ikan pekasam tradisional adalah Negeri Perlis, Kedah dan Utara Perak.

Setiap masyarakat pada zaman dahulu mencipta berbagai-bagai cara untuk membolehkan makanan disimpan untuk jangka masa yang panjang. Ikan-ikan berlebihan yang ditangkap selalunya digaramkan dan seterusnya dikeringkan. Masyarakat Melayu di Utara mencipta kaedah lain yang bukan sahaja dapat mengawet ikan, tetapi juga menambah perasa dan selera, iaitu dengan memperkasamkan ikan-ikan.

Pelbagai jenis ikan digunakan untuk dibuat pekasam, bergantung kepada spesis ikan yang terdapat dengan banyak sesuatu tempat. Di kawasan sawah dan bendang, ikan puyu dan sepat selalu digunakan. Perkampungan berdekatan dengan tasik atau sungai yang luas menggunakan ikan lampam atau terbol. Pada masa sekarang, dengan kekurangan jenis-jenis ikan tersebut, ikan-ikan lain yang senang diternak digunakan seperti tilapia dan keli. http://sivikproject.blogspot.com/

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

1 comment:

  1. wah..bgus resepi nih..sue duk kedah pun x pandai buat ikan pekasam nih.nice shareing ,salam singgah..

    ReplyDelete