Sunday, April 13, 2014

Ikan Pekasam Perlis


1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).


CARA-CARA

1)Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.

Ikan pekasam adalah makanan tradisi berasal dari negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri yang paling terkenal dengan ikan pekasam tradisional adalah Negeri Perlis, Kedah dan Utara Perak.

Setiap masyarakat pada zaman dahulu mencipta berbagai-bagai cara untuk membolehkan makanan disimpan untuk jangka masa yang panjang. Ikan-ikan berlebihan yang ditangkap selalunya digaramkan dan seterusnya dikeringkan. Masyarakat Melayu di Utara mencipta kaedah lain yang bukan sahaja dapat mengawet ikan, tetapi juga menambah perasa dan selera, iaitu dengan memperkasamkan ikan-ikan.

Pelbagai jenis ikan digunakan untuk dibuat pekasam, bergantung kepada spesis ikan yang terdapat dengan banyak sesuatu tempat. Di kawasan sawah dan bendang, ikan puyu dan sepat selalu digunakan. Perkampungan berdekatan dengan tasik atau sungai yang luas menggunakan ikan lampam atau terbol. Pada masa sekarang, dengan kekurangan jenis-jenis ikan tersebut, ikan-ikan lain yang senang diternak digunakan seperti tilapia dan keli. http://sivikproject.blogspot.com/

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi Ayam Percik Kelantan


Bahan-bahan (kuah percik) 4-5 orang

9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
400 ml santan pekat
1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (perap ayam)

1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih

Cara-cara

Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.

Akan Datang Buku Mak Ngah

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi Hinava Makanan Tradisi Orang Sabah

bahan-bahan ::
1) isi ikan mentah
2) limau(apa2 jenis limau boleh)/cuka
3) mangga (kalau nak)
4)halia
5)bawang merah (kalau nak guna bawang besar pun boleh)
6) lada /cili padi
7) nak letak sayur pun boleh (cth:peria,timun)
8) garam dan gula (ikut citarasa)


cara-cara nak buat... ::
1) saing ikan, buang tulang dan ambil isinya sahaja kemudian bersihkan
2) kupas dan potong halia,bawang,mangga dan sayur mengikut kesesuaian dan kehendak
3) perah limau untuk dapatkan air/pes nya

4) letakkan isi ikan ke dalam bekas, perahkan / letakkan air limau kedalam bekas berisi ikan tadi kemudian masukkan semua bahan2 lain

PERINGATAN :: limau boleh ditukar dengan cuka .. ikut kehendak... kalau nak makan dengan cuka letak cuka, tapi kalau nak lebih asli guna limau

kemudian, boleh la menikmati kalau anda..makan dengan nasi seakan2 lauk biasa
Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi Ketam Masak Telur Asin

4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isinya  dan di lenyek

4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ diketuk (saya tak bubuh)
4 helai daun kari ~ raut daunnya sahaja kemudian mayang halus (saya tak mayang. campak je selai selai idup idup gitu)

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair

Garam secukup rasa

Caranya :

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam ~ berhati-hati kerana telur dah masin
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Gulai Asam Rom Masakan Negeri Pahang


1 senduk asam rom atau secukupnya.
     1 ekor ikan sungai. Anggaran dalam 1.5 kilo. Biasanya ikan kenerak. Ikan baung, keli, kelah atau tengas pun sedap juga. Daging pun boleh. Apa-apa pun boleh asalkan jangan kayu atau batu udah le
     1 inci kunyit hidup
    1 daun kesum
    20 biji lada atau cili. Ikut rasa. Lagi pedas lagi sedap
     Secekak pucuk Paku.
     1 biji keledek. Sedang-sedang besarnya.
    Terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Ikut suka masing-masing. Kalau tak gemar tak payah bubuh
    Garam secukup rasa
   Kalau ada isi petai ke, jering semai ke, boleh masukkan untuk menambah keenakkannya
    Air secukupnya

Cara-cara2 membuatnya :

     Tumbuk kunyit, lada dan asm rom tadi 
     Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan kacau bagi rata 
     Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika. 
     Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil. 
     Apabila ikan masak, masukkan pucuk paku, keledek, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol dan perasakan  dengan garam secukupnya. 
     Biarkan masak seketika dan angkat.

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Saturday, March 22, 2014

Kuih Telipok Masakan Tradisi Orang Pahang



Bahan-bahan:

Bahagian putih (bunganya)
1 1/4 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Sedikit minyak untuk dioles pada daun pisang (saya gunakan minyak tanak-punyalah nak tradisional habis)

Cara-cara:

Bancuh tepung dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
Picitkan setiap penjuru hingga membentuk kelopak. Buat empat penjuru.
Buat lubang sedkit di tengah-tengahnya untuk menakung bahagian hijau nanti.
Susun dalam loyang yang dilapik  daun pisang.  Sebaik-baiknya loyang yang agak leser kerana jika loyang yang terlalu dalam, bahagian hijaunya nanti akan terlebih banyak dan akan menenggelamkan bunga pula. * saya gunakan pinggan yang sederhana dalam.
Pastikan daun pisang dioles dengan minyak terlebih dahulu. Ketepikan.
Bahan-bahan:

Bahagian Hijau

7-8 helai daun pandan (kisar dan airnya diperah dengan kelapa)
* Juga lebih sedap jika diperah dengan air kelapa. Cuma itulah, sambil belah kelapa, sambil berangan, dah airnya tak dan nak tadah. Haih.
2 cawan santan pekat yang dicampur dengan jus pandan
5-6 sudu besar gula putih
5 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara-cara:
Campur santan yang diperah dengan air daun pandan dengan semua bahan lain.
Kisar halus.
Tuang dalam loyang berisi bahagian putih tadi perlahan-lahan.
Pastikan loyang dimasukkan terlebih dahulu ke dalam pengukus untuk mengelakkan bahagian hijaunya tumpah.
Kukus hingga masak.


Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah

Resepi TomYam Perlis


BAHAN-BAHAN

¼ ekor ayam & daging
¼ kg udang & ¼ kg sotong
RM2.00 bunga kobis
RM1.00 kobis
3 biji carot
2 keping batang sup
10 helai daun limau purut
3 @ 4 biji limau nipis
4 batang serai (ketuk)
2 biji tomato (potong 4)
4 biji bawang besar (potong 4)
6 biji cili padi (ketuk)
Bahan kisar -
3 biji cili kering
5 biji cili besar
½ inci lengkuas
¼ inci halia
2 biji tomato
1 batang serai
3 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

CARA-CARA
Masukkan bahan kisar, daging, garam & ajinomoto secukup rasa ke dalam periuk, didihkan diatas api, setelah daging setengah empuk masukkan ayam, didihkan sekejap, kemudian baru dimasukkan sotong dan udang. setelah itu masukkan bawang besar, serai, daun limau purut, tomato, kobis, bunga kobis, biarkan 5 minit, perah limau nipis secukup rasa.



Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan 
Hubungi 019-966 0096 Mak Ngah